Permohonan Pendaftaran Sekolah Anak Murid Darjah 1 Ambilan Tahun 2022-2023.
Ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak / jagaan masing-masing yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016 dan 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017 boleh mendaftarkan anak jagaan masing-masing ke sekolah bagi kemasukan tahun satu (1) ambilan 2022 dan 2023.
Prosedur
Dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang rasmi Sistem Pendaftaran Dalam Talian KPM.
Tarikh Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2022 Dan 2023
- Buka: 1 Mac 2021
- Tutup: 30 April 2021
Tahun Sesi Persekolahan Mengikut Tarikh Kelahiran
- Sesi 2022: lahir pada 2.1.2015 - 1.1.2016
- Sesi 2023: lahir pada 2.1.2016 - 1.1.2017
Sila layari laman sesawang rasmi Sistem Pendaftaran Dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) , klik pada pautan (link) di bawah. https://public.moe.gov.my
No comments:
Post a Comment